Saturday 12 July 2014

Posted by jinson on 01:55 No comments

Hiasan Balang Kaca


    Langkah 1:


    Untuk tips kreatif kali ini, kita akan menggunakan balang kaca yang berbentuk mentol. Kebiasaannya terrarium akan dibuat didalam balang ikan kerana ia mudah dihias dan dicari.



    Langkah 2:


    Ok..Mula-mula masukan batu-batu halus untuk dijadikan sebagai lapisan dasar.  Untuk lapisan kedua kita akan gunakan tanah organik . Anda boleh tentukan ketebalan setiap lapisan mengikut kreativiti anda.



    Langkah 3:


    Untuk projek kali ini kita akan menggunakan tumbuhan udara sebagai hiasan utama yang mana tumbuhan ini akan menjalar keluar dari balang kaca. Anda juga menjadikan tumbuhan lain sebagai penarik terratium anda contohnya macam pakis, kaktus dan macam-macam lagi.


    Tips:


    Sedikit tips bagi anda semua, sebelum anda membuat taman mini terrarium ni pastikan anda rancang tumbuhan utama yang anda ingin gunakan. Sebab kalau tak rancang takut tumbuhan yang nak digunakan tak muat untuk dimasukan ke dalam balang kaca yang dah dipilih.


    Bagi pemilihan balang kaca pula. Jangan lah nak yang lawa je, kena la pastikan ia mudah untuk dihias dan mudah untuk dijaga. Sebab kadang-kadang ada tumbuhan yang perlu di siram atau dibersihkan setiap hari.

    Langkah 4:


    Ok !Untuk menjadikan lapisan dasar ni lebih menarik lagi anda boleh masukan dua atau tiga lapisan tekstur dengan warna yang berbeza ataupun anda boleh masukkan batu-batu sungai sebagai hiasan tambahan.


    Hasil:


    Ah jadi beginilah bentuk taman mini terrarium yang dapat kreatif tv kongsikan. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan taman mini yang comel ni boleh la layari facebook Little Garden Succulents.









    0 comments:

    Post a Comment