Thursday 24 July 2014

Posted by jinson on 01:02 2 comments

Hias Kasut Tumit Tinggi


    Bahan-Bahan:


    1. Tisu
    2. Marker Pen
    3. Batu Manik Kecil
    4. Gam Uhu


    Langkah 1:


    Pertama sekali gunakan marker pen hitam dan lakarkan bahagian hadapan bucu kasut macam ni. Anda boleh gunakan cara sendiri untuk menanda bahagian yang anda mahukan.



    Langkah 2:


    Seterusnya buat lakaran di kiri dan kanan belakang kasut. Untuk proses melakar ni sebenarnya anda boleh je buat macam mana yang anda suka. Ala ikut kepakaran dan kreativiti.


    Langkah 3:


    Bila dah siap lakarkan kesemua bahagian yang kita nak. Sekarang ni lumurkan glitter glue di bahagian hadapan bucu kasut yang dah kita tandakan tadi. Nak dapatkan glitter glue ni senang je. Anda boleh dapatkan di mana-mana kedai kraft. Sekarang Ratakan glitter glue dengan kemas.


    Langkah 4:


    Ok jadi macam ni hasilnya untuk bahagian hadapan.. dan sekarang ni kita nak lumurkan glitter glue dibahagian belakang pulak. Caranya sama je macam kita buat kat bahagian depan tadi. Selain daripada menggunakan glitter glue, anda juga boleh gunakan aksesori kraf lain contohnya macam spiky untuk menampakkan gaya urban, manik dan kain lace pulak untuk menampakkan gaya vintage dan banyak lagi lah. Sekali lagi itu semua terpulang kepada kreativiti anda.


    Tips:

    Untuk mendapatkan idea yang lebih menarik lagi. Anda boleh cari di internet yang mana sekarang banyak orang menghias kasut mereka mengikut kreativiti mereka sendiri.

    Langkah 5:


    Ok selepas selesai melumur glitter glue dan sekiranya terdapat lebihan yang terkeluar daripada lakaran, lap bahagian tu untuk menampakkan kekemasan.


    Langkah 6:


    Erm rasanya masih ada yang perlu di tambah dekat kasut tumit tinggi ni.. Ah apa kata kita lekatkan aksesori batu manik kecik ni dibahagian hadapan. Untuk menambah seri kasut. Caranya senang je, cuma gunakan gam u.h.u dan sapukan dibahagian yang mana kita rasa sesuai. Pastikan lakukan proses ni dengan kemas supaya hasilnya tampak menarik.



    Hasil:


    Sekarang anda boleh bergaya dengan kasut tumit tinggi hasil kreativiti anda sendiri. Selamat Mencuba!









    2 comments:

    1. nak tya, kat area selangor, kat man nak cr kedai yg jual barang2 utuk buat kasut

      ReplyDelete
    2. nak tya, kat area selangor, kat man nak cr kedai yg jual barang2 utuk buat kasut

      ReplyDelete