Monday 16 June 2014

Posted by jinson on 03:56 No comments

HIASAN DECOUPAGE 


Bahan-Bahan:


  1. Kertas Decoupage
  2. Tin terbuang
  3.  Kertas Pasir
  4. Warna Akrilik
  5. All Purpose Sealer

Langkah 1:


Pertama sekali gunakan kertas pasir untuk melicinkan permukaan tin dan lepas tu sapukan cecair all purpose sealer supaya permukaan tin lebih sekata selepas digosok. 





Langkah 2:

Potong pilihan kertas Decoupage yang anda suka.



Langkah 3:


Langkah seterusnya kita perlu cat tin dengan warna putih untuk dijadikan sebagai base color. Proses ni senang je, anda cuma perlu warnakan di seluruh permukaan untuk menghilangkan gambar di tin.



Langkah 4:


TUntuk proses ni sapukan sikit warna cream yang macam hidayah tengah buat ni.



Langkah 5:



Lepas cat tadi dah kering, ambil kertas yang dah dipotong tadi dan tampal ke permukaan tin dengan menggunakan gam dan pastikan bila nak lekatkan tu.. kertas tu tak konyot.



Langkah 6:



Disebabkan kita nak dapatkan warna-warna vintage jadi warna yang kita gunakan adalah coklat cerah dan gelap. Bila dah sampai ke langkah ni, anda perlulah menggunakan kreativiti anda untuk menampakkan tin tu kelihatan lama.




Langkah 7:


Nak nampakkan kesan vintage lagi kita cat warna hitam pada tin. Konon-konon tin tu macam kotor la.



Hasil:


Berminat untuk dapatkan khidmat deko kraf boleh layari facebook: therubah atau hantarkan email di therubah12@gmail.com








0 comments:

Post a Comment